? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, April 3, 2009

Ketika dan kalimat

Minggu pertama.
Minggu pertama hanya sesi pengenalanla…cakap tentang subjek ini..tempoh jam kredit sedikit taklimat tentang subjek nie, penerangan tentang tutorial dan peringatan untuk minggu seterusnya iaitu apa yang perlu di bawa dan sebagainya. selain itu kami perlu membentuk ahli kumpulan yang tidak melebihi dari 6 orang. Dr.Normaliza juga mengingatkan kepada kami tentang pemilihan ahli kumpulan perlula dipilih yang dapat memberi sepenuh komitmen kepada kumpulan serta tidak membawa masalah di kemudian hari kerana markah akan diambil berdasarkan kumpulan dan jika seorang ahli mendatangkam masalah perkara ini akan memberi kesan kepada ahli group yang lain. Selain itu, Dr Normaliza juga mengingatkan tentang ketetapan masa apabila datang ke kelas. Jika seorang ahli group tiba lewat ini akan menjejaskan markah ahli kumpulan.
Memandangkan kebanyakkan daripada kami adalah bachelor sastera dan sebahagian kecil sahaja daripada bachelor komunikasi jadi Dr Normaliza mengklasifikasikan bahawa budak-budak sastera bersikap sambil lewa dan tidak begitu cergas…bab kata Dr. "Aku cam sangatla budak-budak sastera lau berjalan seret kaki pakai pun selipar jamban lalu depan bilik aku budak sastera lah tu!"…hahahahha…ish, Dr ni… pandai-pandai jer dia..aku tak macam tu pun…hehehehe

Minggu kedua
Ahli group aku terdiri daripada Humaizah, Radzwa, Saadah, Herni, Fatin dan aku sendiri Azaziah. Minggu nie kami belajar asas grafik, asas grafik ada lima iaitu keseimbangan, warna, teks, kesesuaian dan mudah. Bagi aktiviti pula kami diarahkan membawa 6 keping mountin board warna hitam bersaiz A4, raben bersaiz suku inci, majalah terpakai, gam uhu yang stick, gunting dan panchor. Rumit juga buat benda nie, nampak macam senang. Akhirnya kumpulan kami antara yang lewat antar tugasan selama 2jam tue..hehehe

Minggu ketiga
Minggu nie xda aktiviti..Dr.Normaliza hanya memberi kuliah dan kami akan disoal untuk memberi markah kepada kumpulan. Walaubagaimanapun, minggu nie kami dah start tutorial.Tugasan pertama kami adalah membuat slide mengenai isu-isu global dan perlu memasukkan item-item multimedia seperti lagu,video,serta gambar dan tulisan perlula ada effect, untuk tugasan ini aku buat tajuk tarian shuffle..rasanya tajuk nie global…memang global pun…huhuhu Internet kat bilik punyala lembap xbolehla aku nk cari bahan2..jawabnya masa ke kelas tutorialla kena wat..tiba saat genting mulala aku kelam kabut..terpaksala minta tolong someone carika aku maklumat, lagu shuffle dan video skali.. nasibla dia pakai celcom broadband…hehehe

Minggu keempat
Ala xingatla minggu keempat apa…huhuhu..lau xsilap..dr bagi kuliah jer…atau pun kami buat aktiviti mengarang berkenaan sains fiksyen …confius2…hehehe…bagi aktiviti mengarang ini wakil atau ketua kumpulan perlu mencabut satu tajuk dan perlu membuat karangan berkenaan tajuk tersebut dalam 8 helai muka surat. Group kami mendapat tajuk "cerita fiksyen dalam buku kanak2". Bagi membuat karangan tersebut kami perlu membayangkan kami adalah kanak-kanak. Lama dah aku tinggal bab karang-mengarang nie…punyala susah nk pikir satu2 isi dan bina ayat…hahahah…masing2 ahli group aku ketandusan idea..lepas buat kena antar kat dr. melalui email pulak..adoiii…banyak kejela pulak…dahla kena antar sebelum pukul dua..berkejaranla pulak kami mmencari sumber internet…kat dalam bilik kuliah xsempat sebab dr. adi dah masuk…heheheh..tugas sent email nie…humaizah yang handle..nk dijadikan cerita tuk kelas seterusnya dr.cakap dia tidak menerima apa2 email dari group aku..sedangkan kami dah sent…nasib baik dr.bagi sent balik…kalau tidak kosongla….huhuhuhu

Minggu lima
Bagi minggu nie kami ada tugasan baru iaitu mengambil gambar yang mempunyai kaitan dengan peribahasa atau simpulan bahasa..gambar2 tersebut mestila terdiri dari ahli group sendiri dan dilakonkan oleh ahli group sendiri..kemudian perlu dipersembahankan dalam benttuk slide show dan memasukkan eleman2 multimedia. Untuk tugasan ini kami diberi tempoh seminggu.

Tibala masa presentation slide show tuk tutorial…rasanya aku dah puas hati ngan hasil kerja aku…heheh..berdebar2 jgklah..manela tahu tiba2 tak ade sound, tak ada effect dan lain2..nanya aku…syukur sangat2..semuanya berjalan ngan lancar..cik nurul pun..ok jer…walau ade member2 aku punya slide tak keluar sound dia still tengok dan bagi markah tuk aspek yang lain.

Minggu enam
Minggi nie slide presentation.. kami telah membuat kerja mengedit pada hari selasa sehari sebelum kelas dr…kami semua datang kat latar siswa..sebab ada lagi beberapa gambar yng belum diambil…gambr2 tersebut mestila sekitar FBMK sahaja..sebab tula kami buat kat sini…tapi aku tengok orang lain..ade jer guna tempat lain…skema jugak kami nie…hahahah.....syukur sangat2 slide kami tiada problem dan dr pun xada komen apa2 pun.

Minggu tujuh
Next tutorial tugasan baru pulak..kali ini buat calendar pulak..huhuhu
Nampak macam susah jer bagi aku…kena crop gambarla..itula inila..banyaknya…tapi seronok jgk buat calendar nie…bolehla blaja benda baru…untuk buat calendar kami kena guna software adobe fotoshop…dalam laptop aku xda software tue…so kenala g install..nasib ifa ade..install ngan ifa jer…heheheh..untuk tugasan ini kami diberi tempoh tiga minggu tuk siapkan..bagi kelas pula kami diingatka tuk menulis nama rumah anak yatim yang perlu dilawati untuk kerja2 amal, dan pada minggu nie lau xsilap..kuliah jer kot…heheheh..eh..bukan2 ada lagi…dr. bagi arahan supaya bawa 5 keping kertas lukisan,pensil warna,pensil dan alatan yang berkaitan…nak buat ape???? e-majalah..yang nie tunggu next week..apa yang jadi…huhuh

Minggu lapan.
Minggu nie kami kena buat e-majalah. Untuk buat e-majalah kami perlu memilih tema yang ingin diketengahkan,..lepas dah ada tema kami kena lipat dua 5 helai kertas yang dibawa supaya menjadi 10 muka surat. Kemudian kena buat papan cerita dulu..drafkan ape yang ingin diletakkan dalam setiap muka surat..perlu ade muka depan,editor,video, kuiz,serta show atau event…group kami memilih tema pakaian muslimah…bab melukis nie aku fail skit walaupun pernah ambik pendidikan seni ting 4 dan 5 dulu..huhuhu…pelukis dalam group kami ialah saadah…terror betul dia lukis kartun dan busana2 muslimah..sebijik macam dalam majalah…heheeh..adala satu hasil lukisan aku..yang lain tukang kaler jelah…huhuhu..tugasan nie dibuat dalam masa 2jam..nasib sempat siap tapi lewat skitla antarnye..huhuhu

Tuk kelas tutorial pulak kena buat website pulak…serious untuk website aku xdapat nk kuasai..markah pun dapat rendah menurut cik nurulla..kadang cik nurul xbagi penerangan yang menyeluruh nk buat website mcm mane..dia cakap search sendiri..dulu pun dia kena search sendiri jugak..ahaks

Minggu sembilan
Giliran dr.arba’ie pulak yang handle kuliah…dia ajar bab papan cerita bagaimana kite hendak membuat papan cerita@story board yang baik…first tu xberapa faham jgk tapi bila dr.tunjukkan dalam bentuk visual bagaimana pembinaan papan cerita barula faham..seronok jugak..sape2 yang ada kepakaran dalam melukis dan IT itu jadi satu kelebihan untuk menceburi dalam bidang ini..lepas penerangan secara tuntas..macam biasela tugasan…hehehe..kami kena buat papan ceritalah pulak…tempoh seminggu..dalam papan cerita perlu ada teks,grafik,animasi, audio-visual.




Minggu sepuluh
Ingatkan dr arba’ie yang masuk..rupa2nya dr.normaliza…huhuhu.pada hari tue ramai jugakla yang msuk lewat skit..maklumla dr.arba’ie blhla kot lewat skit..aktiviti waktu nie..kami kena buat satu billboard dengan satu produk baru yang tidak pernah dikeluarkan lagi…group aku buat produk cermin mata mengikut zaman..semua cermin mata group kami tiada dipasaran bentuk pun lain..hehehe..mcm biasalah bab2 melukis serahkan pada yang pakar…saadah…heheh




Minggu sebelas
Lagi sekali berjumpa ngan dr.arba’ie..hehehe…dengan tajuk kuliahnya
Pertimbangan pedagogi dalam pembinaa literasi interaktif bahasa melayu..waktu nie dr dalam keadaan mood yang tidak berapa elok..dia sedikit marah.kecewa dan terkilan dengan hasil kerja kami dalam tempoh seminggu dan berkumpulan itu kerana gagal mengaplikasikan konsep papan cerita yang dikuliahkannya sebelum ini…menurutnya lagi hasil kerja kami hanya melepasi tapisan pertama sahaja…walaubagaimanapun keadaan kembali reda apabila dia mula memberi kuliah…dan pada hari itu kami semua terdedah dengan benda2 baru..yang mana dr. telah menunjukkan software bahasa mengikut bahasa yang dikehendaki dan pembelajaran subjek peringkat sekolah rendah yang menggunakan teknologi maklumat.


Group aku dan group satu lagi group tak ingat dah name ape..huhuh ahli dia terdiri daripada cik pah,kak zura,ecah,okina,ain dan nad…kami semua telah pergi ke rumah anak yatim perkim..ala…mama lina yang pernah masuk tv dulu..yang dia ambik anak2 HIV tue…heheh. Destinasi nya adalah kat cheras baru..seronok jugak pegi sana tengok gelagat adik2 mcm2 ada..macam astro jugak…hahahah ..macam2 aktiviti jugak yang kami buat kat sana..antaranya sesi mengajar sekolah menengah.rendah dan pra. Selain itu aktiviti gotong-royong mengemas dan membersih kawasan rumah perlindungan pernim..

Kelas tutorial pula..kena buat blog..kami perlu mencari tokoh bahasa atau sastera untuk dimasukkan dalam blog..dengan 10 post termasuk peribadi aku dan masukkan juga ketika dan kalimat..aku telah pergi menebual prof.Arbak Othman


Minggu dua belas
Sesi presentation lawatan kami ke rumah anak yatim..persembahan adalah 7 minit setiap kumpulan..namun pada hari itu satu sejarah hitam telah berlaku dalam ahli group kami..kami tidak dapat membuat presentation kerana ahli group tidak mencukupi..2 orang ahli group aku tidak menghadiri kelas kerana atas sebab2 tertentu…lantaran itu markah tuk group kami kosong...tidak perlulah aku menceritakan apa yang berlaku selanjutnya kerana ia seperti membuka aib orang..biarlah kumpulan kami sahaja yang mengetahui dan merasainya serta menyelesaikannya sendiri…walaubagaimanapun hatiku kuat menyatakan yang group kami pasti dapat present kerana dr.normaliza seorang yang dapat berkompromi jika kita mengakui kesilapan sendiri.

Minggu tiga belas
Sambungan presentation pada minggu sebelumnya kerana ada beberapa group lagi yang belum present..walaupun group kami tidak dapat membuat presentation di dalam kelas..akhirnya kami dapat juga menunjukkan hasil kerja kami diluar bilik kuliah setelah beberapa penyelesaian dilakukan…terima kasih sangat2 pada dr.normaliza..pada hari itu juga dr. ada memberi tips2 final exam…maklumla dah nak final.
Selain itu juga aktiviti terakhir kami ialah menjawab teka silang kata dan membiat origami iaitu buat bakul kertas….hah! sebenarnya minggu nie adalah kelas terakhir kami…mohon dr.menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan…Grasias!!

0 comments: